Mastura binti Mohd Zain
Pegawai Penyelidik IKIM
17/11/2006
Kita masih lagi berada di bulan Syawal. Jika kita meninjau semula, bagaimana perbelanjaan semasa menyambut Hari Raya yang lepas, lebih-lebih lagi dengan duit bonus yang diterima pada masa itu. Adakah kita meyediakan sebarang bentuk panduan atau kawalan ke atas perbelanjaan yang akan dibuat, atau berbelanja sesuka hati membeli apa saja yang diingini? Setelah habis sambutan Hari Raya barulah kita menyesal bila menyedari perbelanjaan untuk perkara yang lebih mustahak, contohnya persiapan persekolahan anak-anak telah tiada. Baca baki entri ini »
