Dipetik dari lamanweb Pelabur dan disesuaikan oleh DonZaini.
Setelah kewangan dapat dikawal, langkah seterusnya ialah;
Tetapkan Matlamat Kewangan Anda
Cara mudah untuk menetapkan matlamat kewangan adalah melalui perancangan awal untuk beberapa jangka masa – dua tahun, lima tahun, 10 tahun, 20 tahun dan seterusnya. Kemudian, fikir tentang keperluan dan keinginan anda (atau keluarga), dan jadikan ia sebagai matlamat khusus yang ingin dicapai untuk setiap jangka masa yang telah ditentukan. Klik di sini untuk lihat contoh Matlamat Kewangan Peribadi.
Matlamat anda boleh meliputi perkara-perkara yang memang diperlukan (umpamanya, memiliki rumah dalam masa lima tahun atau pembiayaan pendidikan anak-anak dalam masa 10 tahun atau simpanan untuk hidup selesa selepas bersara), hinggalah kepada perkara-perkara yang sejak sekian lama sudah diidamkan tetapi belum dapat dicapai (seperti bercuti naik keretapi Orient Express). Bagaimanapun, matlamat anda harus tentu, wajar, berfaedah dan bukan impian Mat Jenin. Sebagai seorang Muslim, amatlah wajar MENUNAIKAN FARDU HAJI untuk dijadikan salah satu dari matlamat kewangan utama anda. Baca baki entri ini »
