Muhammad Hisyam Bin Mohamad
Fellow Ikim
26/05/2005 | Berita Harian
SETIAP insan mengimpikan kehidupan baik. Dalam konteks Islam, kehidupan yang baik adalah yang seimbang dengan wujudnya gabungan unsur kerohanian dan kebendaan dalam kegiatan harian seseorang. Justeru, ia memerlukan perancangan menyeluruh untuk mencapai objektif itu. Antara yang perlu difikirkan adalah perancangan kewangan.
Kenyataan di atas mungkin agak janggal kerana untuk mencapai kehidupan baik di dunia dan akhirat, kita perlu juga memikirkan perancangan kewangan. Ironisnya, inilah yang ditegaskan oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani bermaksud: “Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.” Baca baki entri ini »
