Kepentingan Perancangan Kewangan

24 08 2008

Mohd Noor Bin Omar
Pegawai Penyelidik
Pusat Perundingan dan Latihan IKIM (PPLI)

Masyarakat yang merdeka memiliki kebebasan kewangan. Bebas membuat pilihan dan keputusan dengan kemahiran kewangan serta tidak terikat dengan kongkongan hutang, keterbatasan kuasa beli, kelegaan dari liabiliti jangka panjang dan beban psikologi krisis kewangan. Fenomena terkini yang amat ketara ialah skim pembelian secara ansuran mudah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Perkara ini timbul kerana wujudnya permintaan yang merangsang pertumbuhannya. Tanpa disedari, ramai pengguna memilih membeli barangan menerusi skim ini kerana keupayaan kuasa beli untuk membeli secara tunai terhad. Situasi ini secara tidak langsung juga menggambarkan hilangnya sikap menyimpan dan melabur. Baca baki entri ini »