TIGA SEBAB UTAMA MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI DOKUMEN WASIAT
Terdapat begitu banyak sebab mengapa anda perlu memiliki dokumen wasiat, namun terdapat tiga sebab utama yang seharusnya diberi perhatian berat khususnya bagi seseorang Muslim Mukmin.
1. MEMPERCEPAT PROSES PENYELESAIAN PUSAKA
2. MELUNASKAN HUTANG DAN TANGGUNGAN
3. MENYEMPURNAKAN HAK DAN HASRAT
Saya akan perincikan setiap sebab di atas di posting akan datang. Saya ingin tekan di sini bahawa kesedaran tentang keperluan berwasiat ini cukup rendah terutama di kalangan orang Islam walaupun sepatutnya ia merupakan sebahagian dari kehidupan kita sebagai seorang Islam. Kenapa terjadi demikian???? Jawapannya mungkin ilmu tersebut tidak datang dalam hidup kita. Kalau demikianlah jawapannya, marilah kita sama-sama bersatu untuk mempromosikan ilmu ini terutamanya di kalangan ahli keluarga kita dan sahabat handai kita yang paling dekat dengan kita. Caranya, promosikan blog ini dan blog-blog lain yang berkaitan kepada mereka.
Sebelum kita perincikan setiap sebab di atas, ada baiknya kita tinjau dahulu senario Pengurusan Pewarisan di Malaysia masa kini supaya kita boleh menyelami (appreciate) peri pentingnya bagi kita berwasiat dan melaksanakannya dengan kadar seberapa segera. Kalau kita sudah faham, sekarang juga kita akan bertindak tetapi realitinya tidak begitu. Sekurang2 kita berazam untuk melakukannya dalam masa terdekat.
Senario 1
Bayangkan RM 40 Bilion jumlah keseluruhan (38B dalam bentuk hartanah, 1.5B wang yang tidak dituntut dan 70 juta caruman KWSP) harta yang terbeku dek kerana tiada dokumen wasiat. Jumlah RM40 Bilion itu adalah nilai yang dibuat pada tahun 2006. Pada hari ini setentunya nilainya telah bertambah.
Senario 2
Kita boleh bayangkan kesan yang amat merugikan bila perkara ini berlaku. Tanah tidak dapat dibangunkan (jual beli). Ini bukan sahaja merugikan ahli keluarga simati secara mikro tetapi kepada orang Islam keseluruhannya kerana ekonomi makro orang Islam tidak dapat dibangunkan.
Di samping perkara2 di atas, ianya menyumbang kepada masalah sosial yang lain contohnya;
Pertelingkahan keluarga;
Perkara ini terjadi kerana WASIAT yang dibuat tidak bertulis atau tidak ada wasiat langsung. Banyak lagi perkara2 yang kurang manis berlaku yang dipaparkan di dada2 akhbar. Contohnya;
Gara-gara pusaka, lelaki tua diikat ambil cap jari
Nenek ditumbuk sepupu kerana tidak puas hati tentang pembahagian pusaka
Adik sanggup dakwa kakak ‘anak luar nikah’ kerana nak bolot harta






