Wasiat Islam Siri 8 – SIAPA PERLU BERWASIAT

21 11 2008

SIAPA PERLU BERWASIAT ?

Semua individu yang berhasrat supaya hartanya dapat diagih dengan betul dan cepat, haruslah membuat dokumen wasiat, namun ianya amat wajar dilakukan oleh:

1.                  Mereka yang bimbang harta pusaka mereka ‘terbeku’ atau tidak dapat diuruskan dengan licin dan tidak menepati syariat

2.                  Mereka yang memiliki harta

3.                  Mereka yang mempunyai hutang (kepada ALLAH atau manusia) yang belum dijelaskan

4.                  Lelaki yang berpoligami

5.                  Ibu dan bapa tunggal

6.                  Mereka yang mempunyai anak angkat/anak tiri

7.                  Mereka yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun

8.                  Mereka yang menjalankan perniagaan

9.                  Mereka yang ingin membuat amal jariah melalui wasiat





Wasiat Islam Siri 7 – Kematian adalah PASTI

7 11 2008

KEMATIAN ADALAH PASTI, cuma yang belum pasti ialah BILA?

YANG PASTI, hari ini kita masih lagi merasai nikmat hidup. Ketika masih hidup inilah kita harus beringat!

Ingat pesan Rasulullah saw melalui sabdanya:

Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara:

1.       Waktu sihat sebelum tibanya waktu sakit

2.       Waktu muda sebelum tibanya waktu tua

3.       Waktu kaya sebelum tibanya waktu miskin

4.       Waktu lapang sebelum tibanya waktu sempit

5.       Waktu hidup sebelum mati Baca baki entri ini »





Wasiat Islam Siri 6 – MENYEMPURNAKAN HAK DAN HASRAT

5 11 2008

- untuk yang tersayang (yang masih hidup selepas kematian anda)

- untuk diri anda (yang pasti akan mati!)

a)       Menyempurnakan HAK (waris yang ditinggalkan)

Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya. Bagaimanapun terdapat salah faham dalam masyarakat Melayu kita di mana ramai yang merasakan bahawa mereka tidak perlu membuat wasiat kerana telah adanya hukum faraid. Persoalannya, apakah jaminan bahawa mereka (waris-waris) tersebut akan mendapat hak mereka jika kita sendiri tidak membuat langkah-langkah awal bagi memastikan hukum tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna? Baca baki entri ini »