Wasiat Islam Siri 7 – Kematian adalah PASTI

7 11 2008

KEMATIAN ADALAH PASTI, cuma yang belum pasti ialah BILA?

YANG PASTI, hari ini kita masih lagi merasai nikmat hidup. Ketika masih hidup inilah kita harus beringat!

Ingat pesan Rasulullah saw melalui sabdanya:

Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara:

1.       Waktu sihat sebelum tibanya waktu sakit

2.       Waktu muda sebelum tibanya waktu tua

3.       Waktu kaya sebelum tibanya waktu miskin

4.       Waktu lapang sebelum tibanya waktu sempit

5.       Waktu hidup sebelum mati Baca baki entri ini »





Wasiat Islam Siri 6 – MENYEMPURNAKAN HAK DAN HASRAT

5 11 2008

- untuk yang tersayang (yang masih hidup selepas kematian anda)

- untuk diri anda (yang pasti akan mati!)

a)       Menyempurnakan HAK (waris yang ditinggalkan)

Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya. Bagaimanapun terdapat salah faham dalam masyarakat Melayu kita di mana ramai yang merasakan bahawa mereka tidak perlu membuat wasiat kerana telah adanya hukum faraid. Persoalannya, apakah jaminan bahawa mereka (waris-waris) tersebut akan mendapat hak mereka jika kita sendiri tidak membuat langkah-langkah awal bagi memastikan hukum tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna? Baca baki entri ini »





Wasiat Islam Siri 5 – MELUNASKAN HUTANG DAN TANGGUNGAN

31 10 2008

Pada zaman ini, boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita berhutang, ada yang banyak, ada yang sedikit. Berhutang atau meminjam untuk keperluan adalah dibenarkan dalam Islam, namun Islam turut menekankan dengan tegas mengenai tanggungjawab untuk membayar hutang, walaupun selepas kematian.

Antara peringatan yang disabdakan oleh Rasulullah saw:

Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara di kuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan (oleh saudara-maranya).
- Hadis riwayat At-Tabrani Baca baki entri ini »





Wasiat Islam Siri 4 – MEMPERCEPAT PROSES PENYELESAIAN PUSAKA

30 10 2008

Apabila berlaku kematian, sebahagian besar harta-harta simati akan terbeku. Sesetengan pehak beranggapan yang pihak AmanahRaya yang membekukan harta simati tersebut. Pandangan ini adalah 100% salah. Ianya terbeku dengan sendirinya melalui peruntukan undang2 sivil sediada. Dengan memiliki dokumen WASIAT, proses untuk mendapatkan Geran Probet (surat kuasa untuk mentadbir pusaka) oleh wasi (pentadbir) yang telah dinamakan di dalam wasiat lebih mudah dan cepat. Inilah sebab utama dokumen WASIAT dibuat iaitu untuk dokumen rujukan PALING PENTING selepas kematian sipewasiat (simati). Lebih lengkap dokumen wasiat (seperti penyenaraian harta, hutang, harta sepencarian dsbnya) maka lebih cepat proses pentadbiran harta pusaka dapat diselesaikan. Baca baki entri ini »





Wasiat Islam Siri 3 – Keperluan Wasiat

29 10 2008

TIGA SEBAB UTAMA MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI DOKUMEN WASIAT

Terdapat begitu banyak sebab mengapa anda perlu memiliki dokumen wasiat, namun terdapat tiga sebab utama yang seharusnya diberi perhatian berat khususnya bagi seseorang Muslim Mukmin.

1.    MEMPERCEPAT PROSES PENYELESAIAN PUSAKA

2.    MELUNASKAN HUTANG DAN TANGGUNGAN

3.    MENYEMPURNAKAN HAK DAN HASRAT Baca baki entri ini »





Wasiat Islam Siri 2 – Dalil Wasiat

28 10 2008

Wasiat adalah dibenarkan di dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w., amalan sahabat dan ijma’ ulama’.

Dalam Al-Quran, ALLAH berfirman:

(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat oleh simati dan sesudah dibayarkan hutangnya. – Surah Al-Baqarah: 180

Dalam Sunnah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat di sisinya.

- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim Baca baki entri ini »





Wasiat Islam Siri 1 – Pengertian Wasiat

27 10 2008

Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris. Oleh yang demikian, WASIAT haruslah dibuat secara bertulis. Baca baki entri ini »





Wasiat Islam

24 10 2008

Salam sejahtera. Pagi tadi, selepas solat suboh di surau tempat saya, seorang ahli jemaah surau berpangkat Datok bertanyakan saya sama ada saya masih menjalankan Bisnes Wasiat Islam. Saya katakan kepada beliau yang saya masih melakukannya dan saya juga tekankan yang Bisnes Wasiat Islam adalah perjuangan saya sehingga saya menghembuskan nafas yang terakhir. Bukan wang yang menjadi keutamaan tetapi kemaslahatan saudara seIslam yang saya utamakan. Baca baki entri ini »