Sebelum ini artikel2 yang dipaparkan di sini adalah petikan2 artikel yang saya cari dari sumber internet yang memperkatakan tentang Perancangan Kewangan Islam. Kali ini saya saya ingin berkongsi sesuatu sebagai langkah permulaan bagi kita mengaplikasikan apa yang saya utarakan dalam paparan terdahulu. Tidak berapa lama lagi (lebih kurang 10 hari) kita akan merayakan Hari Raya Aidil Fitri. Saya rasa tulisan kali ini sangat sesuai untuk dijadikan langkah permulaan bagi sesiapa saja yang belum bermula. Teruskan bacaan anda dan saya mengharapkan maklum balas dari anda sekelian. Baca baki entri ini »
Langkah permulaan.
20 09 2008Komentar : Leave a Comment »
Label: Instrumen takaful sebagai cara pelaburan, Langkah Permulaan, Pelaburan minima, Takaful keluarga
kategori : Perancangan Kewangan Islam, takaful
Kepentingan Pengurusan Kewangan
26 08 2008Mastura binti Mohd Zain
Pegawai Penyelidik IKIM
17/11/2006
Kita masih lagi berada di bulan Syawal. Jika kita meninjau semula, bagaimana perbelanjaan semasa menyambut Hari Raya yang lepas, lebih-lebih lagi dengan duit bonus yang diterima pada masa itu. Adakah kita meyediakan sebarang bentuk panduan atau kawalan ke atas perbelanjaan yang akan dibuat, atau berbelanja sesuka hati membeli apa saja yang diingini? Setelah habis sambutan Hari Raya barulah kita menyesal bila menyedari perbelanjaan untuk perkara yang lebih mustahak, contohnya persiapan persekolahan anak-anak telah tiada. Baca baki entri ini »
Komentar : Leave a Comment »
Label: Kepentingan Pengurusan Kewangan
kategori : Perancangan Kewangan Islam
Kepentingan Perancangan Kewangan
24 08 2008Mohd Noor Bin Omar
Pegawai Penyelidik
Pusat Perundingan dan Latihan IKIM (PPLI)
Masyarakat yang merdeka memiliki kebebasan kewangan. Bebas membuat pilihan dan keputusan dengan kemahiran kewangan serta tidak terikat dengan kongkongan hutang, keterbatasan kuasa beli, kelegaan dari liabiliti jangka panjang dan beban psikologi krisis kewangan. Fenomena terkini yang amat ketara ialah skim pembelian secara ansuran mudah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Perkara ini timbul kerana wujudnya permintaan yang merangsang pertumbuhannya. Tanpa disedari, ramai pengguna memilih membeli barangan menerusi skim ini kerana keupayaan kuasa beli untuk membeli secara tunai terhad. Situasi ini secara tidak langsung juga menggambarkan hilangnya sikap menyimpan dan melabur. Baca baki entri ini »
Komentar : Leave a Comment »
Label: Kewajipan Melabur
kategori : Perancangan Kewangan Islam
Kekuatan Ekonomi Penting Untuk Capai Al-Falah
22 08 2008Muhammad Hisyam Bin Mohamad
Fellow Ikim
26/05/2005 | Berita Harian
SETIAP insan mengimpikan kehidupan baik. Dalam konteks Islam, kehidupan yang baik adalah yang seimbang dengan wujudnya gabungan unsur kerohanian dan kebendaan dalam kegiatan harian seseorang. Justeru, ia memerlukan perancangan menyeluruh untuk mencapai objektif itu. Antara yang perlu difikirkan adalah perancangan kewangan.
Kenyataan di atas mungkin agak janggal kerana untuk mencapai kehidupan baik di dunia dan akhirat, kita perlu juga memikirkan perancangan kewangan. Ironisnya, inilah yang ditegaskan oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani bermaksud: “Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.” Baca baki entri ini »
Komentar : Leave a Comment »
Label: Kepentingan Merancang
kategori : Perancangan Kewangan Islam
Perancangan Kewangan (Bhg 3)
20 08 2008Dipetik dari lamanweb Pelabur dan disesuaikan oleh DonZaini.
Laksanakan Program Anda
Jika anda telah bersedia untuk melaksanakan pilihan pelaburan yang telah dibuat, bila masa paling baik untuk memulakannya?
Jawapannya mudah saja! Lebih awal, lebih baik! Memulakannya awal memang digalakkan supaya anda ada lebih banyak masa untuk mengembangkan pelaburan. Jika anda masih muda, lebih banyak masa untuk anda membuat pelaburan dan menambah tabungan. Jika anda kini berada di pertengahan kerjaya, anda masih boleh mencapai matlamat kewangan – cuma ia memerlukan lebih tabungan. Walaupun anda mungkin kini berada pada usia hampir bersara, jangan fikir sudah terlewat untuk memulakannya! Ingatlah, lebih baik lewat daripada tidak berusaha langsung! Baca baki entri ini »
Komentar : Leave a Comment »
Label: Bila nak melabur
kategori : Perancangan Kewangan Islam
Perancangan Kewangan (Bhg 2)
18 08 2008Dipetik dari lamanweb Pelabur dan disesuaikan oleh DonZaini.
Setelah kewangan dapat dikawal, langkah seterusnya ialah;
Tetapkan Matlamat Kewangan Anda
Cara mudah untuk menetapkan matlamat kewangan adalah melalui perancangan awal untuk beberapa jangka masa – dua tahun, lima tahun, 10 tahun, 20 tahun dan seterusnya. Kemudian, fikir tentang keperluan dan keinginan anda (atau keluarga), dan jadikan ia sebagai matlamat khusus yang ingin dicapai untuk setiap jangka masa yang telah ditentukan. Klik di sini untuk lihat contoh Matlamat Kewangan Peribadi.
Matlamat anda boleh meliputi perkara-perkara yang memang diperlukan (umpamanya, memiliki rumah dalam masa lima tahun atau pembiayaan pendidikan anak-anak dalam masa 10 tahun atau simpanan untuk hidup selesa selepas bersara), hinggalah kepada perkara-perkara yang sejak sekian lama sudah diidamkan tetapi belum dapat dicapai (seperti bercuti naik keretapi Orient Express). Bagaimanapun, matlamat anda harus tentu, wajar, berfaedah dan bukan impian Mat Jenin. Sebagai seorang Muslim, amatlah wajar MENUNAIKAN FARDU HAJI untuk dijadikan salah satu dari matlamat kewangan utama anda. Baca baki entri ini »
Komentar : Leave a Comment »
Label: Cara Melabur, Matlamat Kewangan, pelaburan, takaful
kategori : Perancangan Kewangan Islam
Perancangan Kewangan (Bhg 1)
11 08 2008Dipetik dari lamanweb Pelabur dan disesuaikan oleh DonZaini.
Mengapa kita memerlukan pelan kewangan? Jika mahu kejayaan dalam apa jua usaha – tidak kira sama ada hendak berperang atau hendak menganjurkan majlis menyambut tahun baru, semuanya memerlukan perancangan rapi. Begitu juga jika mahu melaburkan wang atau membelanjakan wang kita.
Mereka yang matang, bijak dan pandai selalu berkata, kita tidak merancang untuk gagal, tetapi ramai yang gagal untuk merancang.
Perancangan kewangan bukan sahaja memberi gambaran tentang kedudukan kewangan kita yang terkini tetapi juga memberi hala tuju masa hadapan kita dengan menetapkan matlamat kewangan, dan dengan demikian membolehkan kita mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif. Berikut adalah langkah yang patut anda lakukan dalam membuat Perancangan Kewangan anda. Baca baki entri ini »
Komentar : Leave a Comment »
Label: pelaburan, Penyata Aliran Tunai, penyata nilai bersih aset, takaful
kategori : Perancangan Kewangan Islam
Kisah saya sepintas lalu
8 08 2008Memulakan bicara, anda boleh mengenali saya dengan membaca profil saya di sini. Sebenarnya laman ini asalnya bertujuan membicarakan tentang internet marketing. Tetapi memandangkan kesibukan dalam pekerjaan seharian, saya telah ketiadan waktu dan laman ini telah terabai untuk beberapa waktu.
Dalam waktu saya melupakan laman ini, banyak perkara berlaku di dalam hidup saya. Syarikat tempat saya bekerja telah mengalami kegawatan ekonomi yang mengakibatkan saya kehilangan pekerjaan. Untuk mendapatkan pekerjaan yang sama bukan suatu perkara yang mudah yang akhirnya memaksa saya melakukan suatu pekerjaan di luar bidang kemampuan saya iaitu bidang pemasaran sebagai Pegawai Pengambilan Pelajar. Akhirnya saya gagal untuk menjana pendapatan. Kehidupan tanpa pendapatan amat memeritkan. Baca baki entri ini »
Komentar : Leave a Comment »
Label: Kisah saya sepintas
kategori : Kerjaya
