Kisah saya sepintas lalu

8 08 2008

Memulakan bicara, anda boleh mengenali saya dengan membaca profil saya di sini. Sebenarnya laman ini  asalnya bertujuan membicarakan tentang internet marketing. Tetapi memandangkan kesibukan dalam pekerjaan seharian, saya telah ketiadan waktu dan laman ini telah terabai untuk beberapa waktu.

Dalam waktu saya melupakan laman ini, banyak perkara berlaku di dalam hidup saya. Syarikat tempat saya bekerja telah mengalami kegawatan ekonomi yang mengakibatkan saya kehilangan pekerjaan. Untuk mendapatkan pekerjaan yang sama bukan suatu perkara yang mudah yang akhirnya memaksa saya melakukan suatu pekerjaan di luar bidang kemampuan saya iaitu bidang pemasaran sebagai Pegawai Pengambilan Pelajar. Akhirnya saya gagal untuk menjana pendapatan. Kehidupan tanpa pendapatan amat memeritkan.

Sewaktu saya tencari-cari peluang untuk mendapatkan pekerjaan, saya telah menemui seorang kawan yang mencadangkan saya agar saya menjadikan Perancangan Kewangan Islam sebagai kerjaya baru. Saya sebenarnya pernah terlibat dengan Bisnes Wasiat Islam (salah satu bidang dalam Perancangan Kewangan Islam) sebelum ini tetapi memandangkan prospek laba yang bakal saya perolehi sebagai Pegawai Pengambilan Pelajar sangat lumayan (kononnyalah), saya telah mengenepikan bidang Wasiat Islam.

Walaupun 100% tumpuan saya berikan kepada Pemasaran (sebagai Pegawai Pengambilan Pelajar) dan berbagai bentuk aktiviti saya telah lakukan (tele-marketing, pengedaran brosur dan taklimat) tetapi saya gagal untuk menjana pendapatan yang saya idamkan (mungkin cara saya tidak bertepatan dengan kehendak sebenar sebagai pegawai pemasaran pengambilan pelajar baru).   Dalam keadaan sedemikian, saya telah menerima cadangan kawan saya tadi dan bermulalah kerjaya saya sebagai Perunding Kewangan Islam. Kali ini saya telah diberi peluang untuk terlibat secara langsung dalam bidang takaful sebagai agen berdaftar dan mutual fund sebagai agen tak langsung. Kedua-dua bidang ini hampir menjadi pelengkap kepada bidang Kewangan Islam (Muamalat Islam). Kewangan Islam atau Muamalat Islam adalah perkara baru kepada kebanyakan orang Islam di Malaysia dan banyak salah faham atau kurang maklumat mengenainya di kalangan orang Islam (termasuk saya di awalnya). Untuk itu saya bertekad untuk berjuang dengan berkongsi maklumat serta memberikan konsultansi di bidang ini demi membantu orang Islam lain supaya mereka mendapat manfaat dari perjuangan saya itu.

Untuk pengetahuan anda sekelian, saya sudah mendapat pekerjaan yang sesuai dengan jiwa saya dan saya masih meneruskan tanggung-jawab saya sebagai Perunding Muamalat Mukmin secara sambilan dan laman ini menjadi wadah bagi saya memberikan perkhidmatan kepada yang memerlukan.

Semoga anda akan menggemari blog ini dan boleh memberikan saya maklum balas anda dengan meninggalkan komen anda di Ruangan Komen.

Terima kasih dan Selamat Membaca.

HAMIDON ZAINI


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: