Perancangan Kewangan (Bhg 3)

20 08 2008

Dipetik dari lamanweb Pelabur dan disesuaikan oleh DonZaini.

Laksanakan Program Anda
Jika anda telah bersedia untuk melaksanakan pilihan pelaburan yang telah dibuat, bila masa paling baik untuk memulakannya?

Jawapannya mudah saja! Lebih awal, lebih baik! Memulakannya awal memang digalakkan supaya anda ada lebih banyak masa untuk mengembangkan pelaburan. Jika anda masih muda, lebih banyak masa untuk anda membuat pelaburan dan menambah tabungan. Jika anda kini berada di pertengahan kerjaya, anda masih boleh mencapai matlamat kewangan – cuma ia memerlukan lebih tabungan. Walaupun anda mungkin kini berada pada usia hampir bersara, jangan fikir sudah terlewat untuk memulakannya! Ingatlah, lebih baik lewat daripada tidak berusaha langsung!

Ketika mula melabur, jangan melabur secara melulu. Bak kata orang, naik keretapi yang betul pada waktu yang tepat, sangat penting jika hendak sampai ke tempat dituju pada waktunya. Nasihat kami: Beli apa yang anda tahu. Jika anda tidak memahami sesuatu jenis pelaburan, jangan menceburkan diri sehingga anda faham semua konsepnya. Berfikir dan bertindak rasional untuk membeli pada harga rendah (dan menjual pada harga tinggi). Jangan biarkan perasaan tamak mengatasi pertimbangan wajar, misalnya beli saham pada harga sangat tinggi (atau enggan menjualnya kerana mahu lebih banyak keuntungan).

Elakkan daripada bertindak mengikut khabar angin. Memang biasa terdengar cakap-cakap di pasaran mengenai harga sesuatu saham akan naik. Selepas itu, semua orang akan berlumba-lumba membeli saham tersebut. Pembelian yang meningkat secara tiba-tiba itu menyebabkan harga saham tersebut melonjak, dan ini memberi peluang kepada pihak yang memulakan khabar angin itu untuk menjual saham mereka pada harga tinggi. Kesudahannya, siapa yang terpaksa pegang saham yang tinggi harganya itu? Sebab itu, sentiasa ingat peribahasa Melayu lama ini:

“Dengar cakap enggang, makan buah belolok,

dengar cakap orang, terjun masuk lubuk!”


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: