Langkah permulaan.

20 09 2008

Sebelum ini artikel2 yang dipaparkan di sini adalah petikan2 artikel yang saya cari dari sumber internet yang memperkatakan tentang Perancangan Kewangan Islam. Kali ini saya saya ingin berkongsi sesuatu sebagai langkah permulaan bagi kita mengaplikasikan apa yang saya utarakan dalam paparan terdahulu. Tidak berapa lama lagi (lebih kurang 10 hari) kita akan merayakan Hari Raya Aidil Fitri. Saya rasa tulisan kali ini sangat sesuai untuk dijadikan langkah permulaan bagi sesiapa saja yang belum bermula. Teruskan bacaan anda dan saya mengharapkan maklum balas dari anda sekelian.

Setiap insan mengimpikan kehidupan yang baik. Dalam konteks Islam, kehidupan yang baik adalah yang seimbang dengan wujudnya gabungan unsur kerohanian dan kebendaan dalam kegiatan harian seseorang. Justeru, ia memerlukan perancangan menyeluruh untuk mencapai objektif itu. Antara yang perlu difikirkan adalah perancangan kewangan.

Hampir setiap hari banyak akhbar menceritakan tentang masalah menguruskan wang dengan baik. Rasuah, ceti haram atau ‘along’, skim cepat kaya, kisah jutawan segera yang kembali miskin, kegagalan membayar balik wang pinjaman pendidikan, rumah tergadai akibat gagal membayar hutang, banyak menghabiskan duit untuk perkara-perkara yang negatif, perceraian yang disebabkan kewangan, perebutan harta pusaka, muflis kerana gagal membayar balik hutang kad kredit, kereta yang dimiliki diambil semula oleh institusi kewangan, dan sebagainya. Ini hanyalah sekadar beberapa contoh dan banyak lagi masalah-masalah lain, yang akibatnya merebak pula kepada penyakit-penyakit sosial.

Sedangkan inflasi makin lama semakin dilupakan dan diabaikan, kenaikan harga minyak, harga barangan seolah-olah tidak dapat dibendung, semua ini semakin tidak disedari dan masyarakat menjadi semakin alpa untuk memahirkan diri, menimba ilmu dalam merancang kewangan. Walhal kemahiran ini amat penting dalam menjana ekonomi keluarga dan ummah secara umumnya. Mereka yang cuai dan mengikut nafsu akhirnya terkandas di waktu-waktu kritikal apatah lagi setelah umur menjangkau ke tahap kurang produktif.

Daripada kajian yang dilakukan jangka hayat manusia banyak bergantung kepada taraf ekonomi, pendidikan dan tahap kesihatan penduduk sesuatu negara. Di Malaysia jangka hayat purata bagi lelaki ialah 71 tahun dan 76 tahun untuk wanita. Jika semakin tinggi taraf kehidupan dan kesihatan sesebuah negara semakin tinggi kadar umurnya. Produktiviti kerja pula semakin menurun antara umur 50 hingga 60 tahun. Pada umur tersebut juga adalah umur persaraan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dan majikan swasta di Malaysia. Persoalannya ialah selepas bersara, simpanan yang ada adakah mencukupi untuk membiayai kehidupan selama 20 hingga 25 tahun lagi.

Menurut akhbar berita harian (22/1/2002), 72 peratus pesara menghabiskan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam tempoh 3 tahun. Kakitangan kerajaan pula menerima pencen hanya 50 peratus daripada gaji pokok terakhir tetapi suatu fakta yang dilupakan adalah KOS SARA HIDUP tidak pernah bersara malah semakin meningkat.

Dalam satu kajian (2005) yang dibuat oleh Puan Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir (peneraju Perancangan Kewangan Islam di Malaysia) mengenai Unjuran Keadaan 100 Pemuda Yang Kini Berumur 25 Tahun Apabila Mereka Mencapai 60 Tahun mendapati penemuan seperti berikut;  63% Tiada Simpanan, 27% Meninggal Dunia, 5% Masih Aktif Bekerja, 4% Cukup Simpanan dan hanya 1% Kaya. Satu pertanyaan; tidak kira siapa anda, anda tergolong dalam kategori mana sekarang ini???

Pada kajian lain, 9 daripada 10 penduduk (dewasa) di Malaysia mempunyai hutang (ini kerana rakyat tidak dapat mengelak daripada berhutang untuk membeli kenderaan, rumah, pendidikan dan sebagainya) dan 99.9% umat Islam tidak membuat WASIAT. Siapa yang akan menolong membayarkan hutang tersebut?. Hutang rumah dilindungi oleh takaful atau insuran (MRTA). Hutang-hutang lain? Hutang wajib dibayar sebelum mati atau sesudah mati (oleh waris). Perancangan kewangan yang berjaya akan membolehkan seseorang individu melabur dan merancang tanggungan hutang dengan sempurna.

Selain WASIAT, langkah penting dalam perancangan kewangan adalah pelan pelaburan. Perancangan ini hendaklah bermula dari sekarang. Pelan pelaburan bukan lagi satu pilihan malah menjadi suatu kemestian kepada setiap individu. Seorang ketua keluarga perlu merancang ketahanan sumber pendapatan keluarganya untuk masa yang mendatang. Seorang bapa atau ibu yang sedar kepentingan pendidikan anak-anaknya, perlu mula melabur atau mencari pelan perancangan kewangan bagi menyokong pendidikan anak-anak, terutamanya dengan kos pendidikan yang tinggi dan ketidakpastian bantuan kewangan dari sumber-sumber yang dulunya boleh diharapkan.

Sebagai langkah permulaan untuk belajar-belajar melabur, saya menyarankan anda menyertai skim perlindungan takaful keluarga. Kenapa TAKAFUL??? Kerana takaful merupakan rangkuman 2 produk perancangan kewangan iaitu Pelan Perlindungan dan Pelan Pelaburan. Anda boleh bermula dengan nilai caruman minima sebanyak RM50.00 sebulan. Sekiranya anda berumur 27 tahun sekarang, 11 tahun akan datang, anda akan mempunyai simpanan sebanyak RM6,486*. Lebih kurang sama dengan jumlah caruman yang anda keluarkan berjumlah RM6,600 tetapi anda mempunyai nilai perlindungan sebanyak RM15,000.00. Sekiranya berlaku sesuatu kepada anda pada ketika itu, waris anda akan mendapat manfaat sebanyak RM21,486*. Dalam keadaan ekonomi Inflasi sekarang ini, apa yang anda boleh dapat dengan RM50?

Instrumen takaful boleh membantu anda mencapai matlamat kewangan yang lain contohnya untuk niat menunaikan haji, membeli kereta baru, membayar deposit rumah, membiayai pelajaran anak-anak dan sebagainya. Bila keadaan aliran tunai anda mempunyai lebihan, anda boleh menambah polisi takaful anda. Anda hanya perlu kreatif dalam merancang kewangan anda.

Sekiranya anda berminat dengan saranan saya ini atau ingin mendapatkan khidmat nasihat mengenai lain-lain produk perancangan kewangan Islam, anda boleh menghubungi saya melalui media seperti berikut;

HAMIDON ZAINI

Hp: 017-317 4880 atau 06-799 6764 (rumah)

Email: hamidon_zaini@yahoo.com

*illustrasi di atas hanya sebagai panduan sahaja. Illustrasi sebenar mengambil kira fakta-fakta lain seperti jantina, tahap kesihatan dan sikap.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: