Memperkenalkan CancerCare; persediaan kewangan bagi menentang kanser

21 10 2008

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=uNba_hGnEJ0

Barah atau kanser merupakan sejenis penyakit di mana sel tubuh pesakit itu sendiri membiak di luar kawalan dan keupayaan sel-sel tersebut untuk memasuki tisu biologi lain, sama ada melalui pertumbuhan langsung sel bersebelahan atau pemindahan kepada sel jauh (metastasis). Pertumbuhan luar kawal ini disebabkan oleh kerosakan kepada DNA menyebabkan mutasi kepada gen penting yang mengawal pembahagian sel, selain fungsi lain. Salah satu daripada mutasi tersebut, yang boleh diwarisi atau didapati, mampu menyebabkan pembahagian sel luar kawal dan pembentukan tumor (“bengkak” dalam bahasa Latin) merujuk kepada sebarang jisim tidak normal sama ada malignant (barah) atau benign (bukan barah). Hanya tumur malignant mampu memasuki tisu lain atau metastasizing.

Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas.

Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan.

Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan samaada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiognasa, barah biasanya dirawat melalui pembedahan, kemoterapi dan/atau rawatan radiasi.

Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian; barah merupakan punca utama kematian di negara membangun. Di Malaysia, 45,000 rakyat disahkan menghidap kanser setiap tahun. Kanser ialah punca kematian kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung. Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan fakor persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok tembakau mendorong kepada lebih banyak barah berbanding fakor persekitaran yang lain.

Tak mungkin saya menghidap kanser“. Inilah yang mungkin terlintas di dalam hati apabila kita memikirkan tentang kanser. Malangnya dalam dunia ini tiada siapa yang boleh bersikap terlalu yakin bahawa mereka boleh mencegah penyakit yang sangat memudaratkan ini. Namun, dengan kemajuan perubatan yang sedia ada, kebanyakan kanser boleh dikesan di peringkat awal dan berjaya dirawat.

Persediaan kewangan sangatlah penting dalam usaha menentang kanser. Memperkenalkan produk CancerCare dari  MAA Takaful. Menerusi CancerCare ini, anda bukan sahaja melindungi kesejahteraan diri, tetapi tabungan anda juga dapat dikekalkan, kerana pelan komprehensif  ini membayar apabila Kanser disahkan di peringkat awal dan lanjutan. Lindungi diri anda dengan CancerCare hari ini. Pelan ini adalah cara terbaik untuk memastikan anda bersedia untuk menghadapi ancaman penyakit yang paling pantas menular di Malaysia. Saksikan persembahan powerpoint mengenai Pelan CancerCare di sini. Jangan biarkan diri anda mengalami apa yang ditunjukkan seperti di dalam video di atas. Bertindaklah!!!!!


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: