Salam sejahtera. Pagi tadi, selepas solat suboh di surau tempat saya, seorang ahli jemaah surau berpangkat Datok bertanyakan saya sama ada saya masih menjalankan Bisnes Wasiat Islam. Saya katakan kepada beliau yang saya masih melakukannya dan saya juga tekankan yang Bisnes Wasiat Islam adalah perjuangan saya sehingga saya menghembuskan nafas yang terakhir. Bukan wang yang menjadi keutamaan tetapi kemaslahatan saudara seIslam yang saya utamakan.
Bisnes Wasiat Islam bukan seperti bisnes-bisnes biasa kerana pelanggan akan melakukannya sekali sahaja seumur hidup. Ini bermakna tiada ‘repeat sales’, tidak seperti bisnes-bisnes lain yang memungkinkan jualan berulang. Sekiranya pelanggan berpuas hati dengan kebaikan produk atau perkhidmatan kita, mereka akan mencari kita untuk pembelian atau mendapatkan perkhidmatan seterusnya di masa akan datang. Bagi saya Bisnes Wasiat Islam ini adalah satu perjuangan kerana WASIAT merupakan salah satu instrumen PALING penting dalam Perancangan Kewangan Islam. Perancangan yang akan membawa kita berjaya mencapai Al Falah, yakni Kejayaan di dunia dan di Akhirat.
Untuk itu, saya akan memulakan menulis atikel tentang WASIAT ISLAM bermula hari ini di samping perkara-perkara lain yang saya fikirkan boleh memberi kebaikan kepada semua sesuai dengan tema blog saya, membicarakan tentang Perancangan Kewangan Islam.
Jumpa lagi InsyaAllah.
Tinggalkan Jawapan