Wasiat Islam Siri 1 – Pengertian Wasiat

27 10 2008

Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris. Oleh yang demikian, WASIAT haruslah dibuat secara bertulis.

Kita biasa menonton filem Melayu klasik di tv mengenai pembacaan wasiat setelah kematian simati tetapi satu perkara yang saya ingin tekan di sini bahawa, apa yang kita tonton melalui filem Melayu tersebut kebanyakkan tidak menepati prinsip sebenar mengenai wasiat Islam. Oleh yang demikian, adalah WAJIB bagi kita mengcungkil ilmu mengenai Hukum Faraai ini deni kemaslahatan kita dan keluarga bagi persediaan alam kubur yang PASTI akan kita tempuhi suatu hari kelak. Dari fileh Melayu klasik, saya ingin  berkongsi petikan Fileh Tiga Abdul yang dibintangi oleh Tan Sri P. Ramli. Kesimpulan yang saya ingin tonjoikan di sini ialah penyelesaian kepada pembahagian harta pusaka orang Islam adalah melalui WASIAT ISLAM dan pembahagian harta mengikut video ini tidak boleh dijadikan contoh untuk ditauladani.

Untuk memahami secara mendalam, berikut adalah ciri-ciri dan prinsip WASIAT ISLAM yang perlu dipatuhi:

  1. Harta yang hendak diwasiatkan mestilah tidak lebih daripada sepertiga (1/3) daripada harta pusaka bersih kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris.
  2. Penerimanya hendaklah bukan waris iaitu mereka yang tiada hak faraid ke atas pusaka simati kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris yang lain.
  3. Jika penerima wasiat meninggal dunia semasa hayat pewasiat, maka wasiat tersebut adalah terbatal.
  4. Jika penerima wasiat meninggal dunia selepas menerima wasiat dan selepas kematian pewasiat, maka haknya boleh diwarisi oleh waris penerima.
  5. Selepas kematian pewasiat, perlu ditolak dahulu kos perbelanjaan pengkebumian dan pembayaran hutang simati.
  6. Wasiat boleh ditarikbalik pada bila-bila masa kerana ia hanya berkuatkuasa selepas kematian pewasiat dan wasiat tersebut perlulah dibuat secara sukarela.

Oleh yang demikian, elemen yang paling penting di dalam WASIAT ISLAM adalah HUKUM FARAID. InsyaAllah, kita akan sentuh di dalam perbincangan akan datang.

Perkara kedua yang sangat penting untuk diambil kira adalah waktu (saat) kematian pewasiat dan bakal penerima wasiat atau bahagian faraid (rujuk 3 dan 4 di atas). Sebagai contoh: Ayah dan anak (katakan yang sulong) terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian. Sekiranya anak sulong yang meninggal dahulu, warisnya tidak berhak ke atas harta peninggalan siAyah tadi. Namun, sekiranya siAyah yang meninggal dahulu, maka siAnak (sulong) tadi berhak bahagian faraid siAyah dan waris-waris siAnak boleh menuntut bahagian faraid siAyah untuk difaraidkan kepada waris-waris siAnak. Perbincangan mengenai Hukum Faraid ini sangat menarik untuk dikongsikan ilmunya.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: