Wasiat Islam Siri 2 – Dalil Wasiat

28 10 2008

Wasiat adalah dibenarkan di dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w., amalan sahabat dan ijma’ ulama’.

Dalam Al-Quran, ALLAH berfirman:

(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat oleh simati dan sesudah dibayarkan hutangnya. – Surah Al-Baqarah: 180

Dalam Sunnah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat di sisinya.

– Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Hadis ini menyebut kalimah ‘tidak sepatutnya’ menunjukkan bahawa langkah persediaan perlu diambil oleh setiap seorang Muslim dengan menulis wasiatnya kerana dia tidak mengetahui bila ajalnya akan tiba. Kemungkinan kelalaiannya akan mengakibatkan segala hajatnya tergendala dan tidak terlaksana.

Rasulullah s.a.w. turut bersabda:

Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat.

– Hadis riwayat Ibnu Majah

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan.

– Hadis riwayat Ibnu Majah
Dengan dalil-dalil di atas, sudah memadai untuk kita bertindak dengan serta merta bagi mempersiapkan diri dengan wasiat peribadi kita. Kita sudah tidur nyenyak untuk beberapa tahun walaupun sepatutnya kita telah mempersiapkan wasiat kita. Kalau kita tanya orang di sebelah kita sekarang ini, samada dia sudah berwasiat, kita akan dapati 99% jawapannya BELUM. Ini kerana kesedaran kepada kepentingan wasiat di kalangan kita cukup rendah. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada anda semua, marilah kita promosikan WASIAT ISLAM demi kemaslahatan kita dunia dan akhirat.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: