Wasiat Islam Siri 3 – Keperluan Wasiat

29 10 2008

TIGA SEBAB UTAMA MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI DOKUMEN WASIAT

Terdapat begitu banyak sebab mengapa anda perlu memiliki dokumen wasiat, namun terdapat tiga sebab utama yang seharusnya diberi perhatian berat khususnya bagi seseorang Muslim Mukmin.

1.    MEMPERCEPAT PROSES PENYELESAIAN PUSAKA

2.    MELUNASKAN HUTANG DAN TANGGUNGAN

3.    MENYEMPURNAKAN HAK DAN HASRAT

Saya akan perincikan setiap sebab di atas di posting akan datang. Saya ingin tekan di sini bahawa kesedaran tentang keperluan berwasiat ini cukup rendah terutama di kalangan orang Islam walaupun sepatutnya ia merupakan sebahagian dari kehidupan kita sebagai seorang Islam. Kenapa terjadi demikian???? Jawapannya mungkin ilmu tersebut tidak datang dalam hidup kita. Kalau demikianlah jawapannya, marilah kita sama-sama bersatu untuk mempromosikan ilmu ini terutamanya di kalangan ahli keluarga kita dan sahabat handai kita yang paling dekat dengan kita. Caranya, promosikan blog ini dan blog-blog lain yang berkaitan kepada mereka.

Sebelum kita perincikan setiap sebab di atas, ada baiknya kita tinjau dahulu senario Pengurusan Pewarisan  di Malaysia masa kini supaya kita boleh menyelami (appreciate) peri pentingnya bagi kita berwasiat dan melaksanakannya dengan kadar seberapa segera. Kalau kita sudah faham, sekarang juga kita akan bertindak tetapi realitinya tidak begitu. Sekurang2 kita berazam untuk melakukannya dalam masa terdekat.

Senario 1

RM 40 BILLION UNCLAIMED ASSETS AND CASH LEFT BY THE DEAD

RM 40 BILION HARTA BEKU KERANA SIMATI GAGAL BERWASIAT

Bayangkan RM 40 Bilion jumlah keseluruhan (38B dalam bentuk hartanah, 1.5B wang yang tidak dituntut dan 70 juta caruman KWSP) harta yang terbeku dek kerana tiada dokumen wasiat. Jumlah RM40 Bilion itu adalah nilai yang dibuat pada tahun 2006. Pada hari ini setentunya nilainya telah bertambah.

Senario 2

900,000 hak milik tanah masih "kepunyaan orang mati"

900,000 HAK MILIK TANAH MASIH ATAS NAMA SIMATI

Kita boleh bayangkan kesan yang amat merugikan bila perkara ini berlaku. Tanah tidak dapat dibangunkan (jual beli). Ini bukan sahaja  merugikan ahli keluarga simati secara mikro tetapi kepada orang Islam keseluruhannya kerana ekonomi makro orang Islam tidak dapat dibangunkan.

Di samping perkara2 di atas, ianya menyumbang kepada masalah sosial yang lain contohnya;

Pertelingkahan keluarga;

ANAK MOHON IBU JUNJUNG AL-QURAN NAFI WASIAT BAPA

ANAK MOHON IBU JUNJUNG AL-QURAN NAFI WASIAT BAPA

Perkara ini terjadi kerana WASIAT yang dibuat tidak bertulis atau tidak ada wasiat langsung. Banyak lagi perkara2 yang kurang manis berlaku yang dipaparkan di dada2 akhbar. Contohnya;

Gara-gara pusaka, lelaki tua diikat ambil cap jari

GARA-GARA PUSAKA, LELAKI TUA DIIKAT UNTUK DIAMBIL CAP JARI

GARA-GARA PUSAKA, LELAKI TUA DIIKAT UNTUK DIAMBIL CAP JARI

Nenek ditumbuk sepupu kerana tidak puas hati tentang pembahagian pusaka

NENEK DITUMBUK SEPUPU SEBAB TAK PUAS HATI PEMBAHAGIAN PUSAKA

NENEK DITUMBUK SEPUPU SEBAB TAK PUAS HATI PEMBAHAGIAN PUSAKA

Adik sanggup dakwa kakak ‘anak luar nikah’ kerana nak bolot harta

ADIK SANGGUP DAKWA KAKAK 'ANAK LUAR NIKAH' SEBAB NAK BOLOT HARTA

ADIK SANGGUP DAKWA KAKAK 'ANAK LUAR NIKAH' SEBAB NAK BOLOT HARTA


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: