Wasiat Islam Siri 4 – MEMPERCEPAT PROSES PENYELESAIAN PUSAKA

30 10 2008

Apabila berlaku kematian, sebahagian besar harta-harta simati akan terbeku. Sesetengan pehak beranggapan yang pihak AmanahRaya yang membekukan harta simati tersebut. Pandangan ini adalah 100% salah. Ianya terbeku dengan sendirinya melalui peruntukan undang2 sivil sediada. Dengan memiliki dokumen WASIAT, proses untuk mendapatkan Geran Probet (surat kuasa untuk mentadbir pusaka) oleh wasi (pentadbir) yang telah dinamakan di dalam wasiat lebih mudah dan cepat. Inilah sebab utama dokumen WASIAT dibuat iaitu untuk dokumen rujukan PALING PENTING selepas kematian sipewasiat (simati). Lebih lengkap dokumen wasiat (seperti penyenaraian harta, hutang, harta sepencarian dsbnya) maka lebih cepat proses pentadbiran harta pusaka dapat diselesaikan.

Secara umumnya, tempoh penyelesaian pusaka dengan adanya wasiat ialah di antara 4 – 12 bulan berbanding di antara 2 – 5 tahun (atau lebih) tanpa dokumen wasiat. Lebih lama proses penyelesaian, maka selama itulah juga kesengsaraan yang akan dirasai oleh waris-waris yang kita tinggalkan.

Pernahkah anda terfikir apa akan berlaku kepada isteri/suami dan orang-orang kesayangan anda jika anda meninggalkan mereka tanpa wasiat? Kemungkinan besar, inilah yang akan berlaku:

i) Susah Payah Akibat Birokrasi

Mahukah anda membiarkan isteri dan orang yang anda sayangi berpenat-lelah ke hulu ke hilir turun-naik mahkamah untuk mendapatkan haknya (menyediakan pelbagai keperluan mahkamah – fakta-fakta, dokumen, pembuktian dsbnya), serta mengharungi pelbagai birokrasi pejabat untuk menguruskan harta bermasalah yang anda tinggalkan kepada mereka (dalam ertikata lain – tidak terurus dan “berterabur” di sana-sini), akibat tiada persediaan dan perancangan?

ii) Tekanan Jiwa Akibat Perbalahan & Hilang Punca Pendapatan

Tanpa persediaan, orang kesayangan anda akan mengalami tekanan demi tekanan akibat perbalahan dan perebutan yang mungkin berlaku di kalangan kaum keluarga dan saudara-mara, yang sepatutnya membantu tetapi sebaliknya lebih banyak menyusahkan!!

Berdasarkan fakta, begitu banyak kes yang tidak dapat diselesaikan akibat tidak mendapat kerjasama daripada saudara-mara dan ahli keluarga atas pelbagai sebab!

Bayangkan, pada masa yang sama beliau perlu memikirkan bagaimana untuk menggantikan punca pendapatan yang hilang bagi menyara kehidupan mereka seterusnya, tanpa anda!!!


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: