Wasiat Islam Siri 6 – MENYEMPURNAKAN HAK DAN HASRAT

5 11 2008

– untuk yang tersayang (yang masih hidup selepas kematian anda)

– untuk diri anda (yang pasti akan mati!)

a)       Menyempurnakan HAK (waris yang ditinggalkan)

Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya. Bagaimanapun terdapat salah faham dalam masyarakat Melayu kita di mana ramai yang merasakan bahawa mereka tidak perlu membuat wasiat kerana telah adanya hukum faraid. Persoalannya, apakah jaminan bahawa mereka (waris-waris) tersebut akan mendapat hak mereka jika kita sendiri tidak membuat langkah-langkah awal bagi memastikan hukum tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna?

Sedarkah anda bahawa umat Islam kita masih jauh ketinggalan dan gagal dalam melaksanakan hukum faraid ini? Realitinya, sebanyak sejuta kes tanah pusaka di Malaysia (laporan Pejabat Tanah) dianggar bernilai RM38 bilion masih tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan dan 90% daripadanya adalah milik orang Melayu (yang rata-ratanya beragama Islam). Ini bermakna begitu banyak sekali harta-harta umat Islam yang terbeku dan begitu ramai yang tidak mendapat bahagian hak mereka termasuk mereka yang sepatutnya mendapat hak faraid. Kini timbul persoalan dari segi hukumnya, siapakah yang akan menanggung dosa-dosa ini?

Keadaan di atas berlaku akibat kelalaian dan kegagalan umat Islam sendiri dalam membuat langkah-langkah persediaan ketika hidupnya. Oleh itu, apakah langkah dan persediaan kita sendiri supaya keadaan ini tidak akan berlaku kepada harta-harta kita pula? Dengan persediaan yang baik dan melalui dokumen wasiat yang lengkap dan sempurna, sudah tentu akan dapat MENJAMIN hak-hak untuk mereka yang tersayang (ibu, ayah, isteri, suami, anak-anak) akan mendapat hak mereka (termasuk hak harta sepencarian pasangan) sekaligus hukum faraid dapat ditunaikan.

b)       Menyempurnakan HASRAT (pahala berkekalan)

Di samping hak-hak yang memang telah termaktub dalam hukum, kita juga boleh menyempurnakan hasrat dan niat murni kita yang lain khususnya untuk TUJUAN KEBAJIKAN. Melalui wasiat, hasrat untuk membantu atau membela mereka yang tidak mendapat bahagian faraid dapat ditunaikan seperti waris terdinding, cucu yang kematian ayah, anak angkat, ibu bapa angkat, ahli keluarga asal muallaf yang masih tidak beragama Islam dan sebagainya (terhad 1/3 daripada pusaka bersih).

Begitu juga niat untuk menginfaqkan harta melalui amalan sedekah jariah dan berwaqaf untuk manfaat ummah dan ganjaran pahala yang berkekalan sebagaimana sabda Rasulullah saw:

Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: i) sedekah jariah, ii) ilmu yang dimanfaatkan dan iii) anak soleh yang sentiasa  mendoakannya.
– Hadis riwayat Muslim

FIKIRKAN AKIBATNYA…

Kepada Orang Tersayang….

>> Sanggupkah kita menganiaya kaum keluarga dan orang-orang yang kita sayangi dengan menyusahkan mereka selepas ketiadaan kita dan apatah lagi sehingga mereka tidak mendapat hak mereka akibat kelalaian kita?

Kepada Diri Sendiri….

>>  Dan sanggupkah kita menganiaya diri kita sendiri dengan SIKSAAN yang AMAT PEDIH akibat kegagalan kita menunaikan tanggungjawab kita ketika di dunia sekarang ini?!!


Tindakan

Information

One response

5 11 2008

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: