Wasiat Islam Siri 7 – Kematian adalah PASTI

7 11 2008

KEMATIAN ADALAH PASTI, cuma yang belum pasti ialah BILA?

YANG PASTI, hari ini kita masih lagi merasai nikmat hidup. Ketika masih hidup inilah kita harus beringat!

Ingat pesan Rasulullah saw melalui sabdanya:

Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara:

1.       Waktu sihat sebelum tibanya waktu sakit

2.       Waktu muda sebelum tibanya waktu tua

3.       Waktu kaya sebelum tibanya waktu miskin

4.       Waktu lapang sebelum tibanya waktu sempit

5.       Waktu hidup sebelum mati

Hari ini, kita masih ada peluang untuk merancang dan membuat persediaan. Kita masih ada kesempatan untuk memilih dan berusaha melaksanakan apa yang kita inginkan. Tapi malangnya, ramai di antara kita memilih untuk BERTANGGUH dan terus BERTANGGUH. Alasannya tiada masa! Sedarkah anda, ini bermakna anda kini tergolong dalam kategori orang yang telah kesempitan waktu! Berdasarkan hadis di atas ia merupakan kategori yang keempat dan di kedudukan yang amat kritikal dan merbahaya sekali! Apa tidaknya, dengan kesibukan dan kesempitan masa, sudah pasti tidak ada apa yang boleh kita lakukan untuk  membuat sebarang persediaan, melainkan hanya kesibukan kita mengejar kehidupan dunia yang tidak pasti bila kesudahannya hidup kita.

Ingatlah, semua nikmat ini akan hilang dan semua kesempatan ini akan luput, sebaik sahaja malaikat Izrail menjemput kita. TIADA lagi ‘Peluang Kedua’ untuk kita, TIADA lagi perkataan ‘Nanti Dulu’ dalam kamus kita, tiada apa-apa lagi yang mampu kita lakukan, selain amalan dan persediaan-persediaan yang telah kita lakukan ketika kita masih hidup ini.

Apakah pilihan yang anda ada sekarang?

Jawapannya ialah…

*****  ANDA TIADA PILIHAN  *****

JANGAN BERTANGGUH LAGI WALAU SESAAT

(kerana saat kematian kita sendiri telah ditetapkan, tidak akan dilewat atau dipercepatkan walaupun sesaat!!).

Dikhuatiri….

SESAAT KITA BERTANGGUH,

MEMBUAT KITA MERANA SELAMA-LAMANYA!

Luangkanlah sedikit masa untuk memiliki satu dokumen wasiat peribadi untuk anda. Suatu dokumen yang mungkin dianggap remeh, tetapi sangat bernilai untuk kita miliki dan tinggalkan sebagai peninggalan terpenting bagi rujukan dan keperluan waris-waris kita ! Rasailah ketenangan hati dan fikiran selepas anda memilikinya, InsyaALLAH.

KESIMPULAN

Masa terbaik untuk anda membuat persediaan ialah HARI INI dan SEKARANG!!!

Milikilah dokumen wasiat anda sekarang, sementara masa masih ada!

Ingat sekali lagi….

SELEPAS KEMATIAN…

TIADA PELUANG KEDUA UNTUK KEMBALI KE DUNIA UNTUK MEMBETULKAN KELALAIAN ANDA!!!

ANDA PERLU TAHU MENGENAI WASIAT


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: