Tentang

Saya adalah graduan lepasan UiTM dalam bidang Perakaunan dan kini bertugas sebagai Pengurus Akaun  Kumpulan di syarikat kejuruteraan Bumiputera di Nilai (berhampiran dengan Nilai 3) Negeri Sembilan.

Sebelum bekerja di sini, saya telah bertugas sebagai Pegawai Pengambilan Pelajar di Kumpulan Pendidikan Legenda di Bandar Universiti Teknologi Legenda di Mantin dan sebelum itu berkhidmat sebagai Pengurus Kewangan dan Akaun di kilang industri pemprosesan makanan di Senawang, Seremban. Saya berpengalaman luas dalam bidang perakaunan, perbankan dan pengurusan perniagaan. Pengalaman tersebut diperolehi semasa saya berkhidmat di salah sebuah bank terkemuka di Malaysia selama 10 tahun dalam bidang perakaunan dan teknologi maklumat sebelum menceburkan diri ke bidang perniagaan dengan mengetuai beberapa syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) pelbagai saiz di Negara Brunei Darussalam selama 14 tahun. Jawatan sebagai Pengurus Besar Kumpulan bagi salah sebuah Kumpulan Syarikat terkemuka di sana telah mendedahkan saya kepada perniagaan dalam pelbagai bidang termasuklah kilang memproses makanan, perniagaan borong & pengedaran, pelancongan & pengembaraan, perkapalan & penghantaran fret, perkhidmatan sokongan perkhidmatan pelabuhan, sajian makanan & rangkaian restoran, pengurusan medan selera, pengangkutan, perniagaan wakil insurans & takaful, pembangunan & pengurusan hartanah, perbekalan, pembuatan & perbekalan pakaian seragam, kontraktor bangunan dan kontraktor am serta pengendali pengangkutan awam.

Saya juga berpengalaman dalam mengetuai beberapa operasi pengendalian kontrak dengan Syarikat Minyak Shell Brunei Sdn Bhd dalam bidang perkhidmatan pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran fret serta perkhidmatan sokongan lain untuk beberapa tahun. Secara keseluruhannya, saya mempunyai 25 tahun pengalaman dalam bidang perakaunan, perbankan, pengurusan, dan perniagaan.

Hidup ini ada kalanya kita di atas dan ada kalanya kita di bawah. Itu ketentuan Allah  yang kita wajib terima. Sekarang ini saya sedang berusaha untuk memperbaiki kedudukan saya. Kita hanya berusaha, yang menentukan segalanya adalah Allah. Allah berkuasa dan makhluk tiada kuasa.

HAMIDON ZAINI

One response

24 10 2008
budak kampung

salam singgah…
isi blog yg menarik..sy jg sedg meneliti pgetahuan ttg kewangan Islam..hrp dpt dkongsi b’sama yang lain.trima kasih dgn ilmunya..ingin paut anda di blog saya.

donzaini: terima kasih dan silakan.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: